Jodoh
Jika Calon Pasangan Anda & Anda Memiliki 3 Sifat Ini, Sila Kahwin! Rumahtangga Akan Bahagia. Setiap orang yang telah memutuskan mahu berkahwin dengan calon pasangannya pasti membayangkan rumahtangga yang aman dan bahagia. 3 sifat ini jika ada pada calon pasangan anda dan anda ketika awal perkenalan, sekiranya mendirikan rumahtangga, akan bahagia.
Keserasian Keserasian adalah suatu formula utama penentuan kebahagiaan dalam sebuah perhubungan yang dibina apatah lagi dalam melayari kehidupan berumah tangga setiap hari. Keserasian itu boleh diperoleh secara semulajadi oleh sebuah pasangan apabila mereka memiliki latar belakang dan ketertarikan yang sama terhadap sesuatu perkara, boleh berkongsi walau apa pun perkara baik mengenai diri sendiri atau keluarga sendiri atau kawan-kawan sendiri dengan senang hati tanpa risau pasangan timbul perasaan tidak senang, berani mengeluarkan pendapat & pandangan tanpa tertahan-tahan, berasa sangat nyaman bila berdua, dan, ketidaksempurnaan pasangan menjadi unik kepada anda. Justeru, alangkah bertuahnya bagi mereka yang mempunyai keserasian dengan pasangan mereka. Jika calon pasangan anda dan anda mempunyai keserasian ini, Tahniah kami ucapkan. Anda boleh merancang ke fasa seterusnya iaitu pernikahan.
Toleransi Sekiranya tiada keserasian, maka keperibadian boleh bertoleransi perlu ada pada sifat calon pasangan dan anda. Sebenarnya, apabila calon pasangan atau anda bertolak ansur, calon pasangan atau anda sebenarnya tidak menerima sepenuhnya sikap atau kekurangan pasangan antara satu sama lain. Salah satu contoh ialah jika anda masih ada merungut tentang kelakuannya semasa bertaaruf. Ini kerana, anda hanya perlu membuka minda anda dan cuba untuk memahami bahawa terdapat beberapa perbezaan antara calon pasangan atau anda. Ini bermakna anda belum menerima 100% sikapnya lagi kerana ada perbezaan. Sikap bertolak ansur di awal perhubungan sangat penting agar anda dapat meneruskan hubungan bersamanya pada masa hadapan (fasa seterusnya iaitu perkahwinan). Lama-kelamaan anda bukan sahaja boleh bertolak ansur dengan perangai masing-masing, tetapi anda juga akan dapat menerimanya sepenuhnya. Jadi berikanlah toleransi, agar anda masih dapat kasih sayang dan perhatian daripada pasangan anda.
Komunikasi Yang Bagus Cara berkomunikasi juga boleh mempengaruhi corak sesebuah perhubungan. Kunci utama komunikasi yang baik adalah dengan calon pasangan dan anda boleh setia mendengar celoteh antara satu sama lain. Keduanya sering meluangkan masa bersama dan berkomunikasi serta situasi komunikasi itu juga mestilah boleh selari keduanya (tidak hambar dan juga tidaklah salah seorang faham lain & seorang lagi faham lain). Kejujuran turut menjadi aspek utama dalam memastikan komunikasi antara calon pasangan dan anda jelas. Sekiranya ada perbezaan pendapat dan anda perlu bertoleransi, mulalah dengan komunikasi yang baik perkataannya dan baik nada suaranya. Komunikasi yang baik membuatkan pasangan anda senang hati dengan anda dan hati anda juga tenang bila berhadapan dengan pasangan anda.
Kesimpulan: Jika anda menemui ketiga-tiga sifat ini pada calon pasangan anda, dan sifat anda juga boleh begitu bila bersamanya, maka pertimbangkanlah untuk ke fasa perkahwinan.