

Di dalam perkahwinan lah, setiap pasangan harus menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Janganlah pula semasa bercinta, bersungguh-sungguh menunjukkan perasaan sayang dan cinta, tetapi selepas berkahwin, seperti tawar hati.
Kepada yang telah berkahwin dan bakal berkahwin, amalkan petua ini dari perkongsian Dato' Fadzilah Kamsah…
1. Jika pasangan kurang sihat, berilah perhatian yang sewajarnya.
2. Isteri perlu tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.
3. Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai oleh pasangan dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
4. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
5. Isteri perlu lebihkan suami daripada anak-anak. Jangan terus tertumpu pada anak-anak sehingga lupa pada suami.
6. Beri layanan istimewa pada pasangan di hari-hari istimewa.
7. Rancang untuk pergi dating atau berbulan madu.
8. Hantar juga kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa.
9. Rajin-rajinlah selalu untuk urut pasangan.
10. Untuk wanita, jika suami hanya mendiamkan diri bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
11. Suami tolong bawakan barang-barang walaupun lihat isteri mampu membawanya semua.
12. Bila berbual, bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangan pasangan. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.
13. Salam, peluk dan cium pasangan sebelum pergi kerja.
14. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang telah dilakukan oleh pasangan.
15. Jika terlalu sibuk bekerja carilah masa untuk berdua-duaan.
16. Lakukan riadah bersama setiap minggu.
17. Jika kelapangan pada hari minggu pergi berkelah sekali-sekala.
18. Tidak jemu untuk doakan pasangan agar bahagia dunia akhirat.
19. Kadang-kala ajaklah pasangan untuk berjalan-jalan tanpa anak-anak.
20. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan dengan pasangan.
21. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
22. Lakukan ibadah bersama terutamanya solat Jemaah.
23. Cuba fahami suami anda jika dia membangkang atau enggan membantu.
24. Tunjukkan simpati dan tolong pasangan untuk mencari barang yang dia lupa dimana letaknya. Jangan membiarkan pasangan mencari seorang diri.
25. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
26. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
27. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.
Semoga Ia Memberi Manfaat Pada Kita Semua!
Ada sahaja sebilangan daripada kita syok sendiri ketika bercinta. Pada anggapannya sendiri, dirinya memang sedang hangat bercinta dengan insan tersebut, malah insan tersebut mengaku dia adalah pasangan anda.
Namun, dari jauh sudut hatinya terpaksa menerima anda sebagai pasangan, kerana dirinya mahu mengambil kesempatan atas kesenangan anda. Malah, dalam pada masa yang sama, anda juga terlalu kesunyian mahukan pasangan. Situasi ini boleh dikategorikan ‘Win-Win Situation’.
Jom ketahui 5 tanda tersebut.
1. Anda seorang sahaja yang mengejar dirinya.
Secara lumrahnya, lelaki akan mengejar wanita yang mereka minat dalam diam. Wanita juga akan mula terhegeh-hegeh dan mengejar lelaki yang mereka idamkan. Tetapi dalam situasi anda, anda seorang sahaja yang mengejar dirinya. Anda tidak berputus asa mengejar dirinya, dari awal perkenalan sehinggalah pada saat ini.
Anda melakukan perkara ini kerana mahu memastikan insan tersebut akan menjadi milik anda juga suatu hari nanti.
2. Anda bukan ciri-ciri yang si dia mahu.
Apabila anda seorang sahaja yang mengejar dirinya, sudah tentu anda ini bukanlah ‘taste’ si dia. Bagi pandangan dirinya, mendekati diri anda hanya kerana mahu memuaskan hati anda sendiri yang teringin sangat berpasangan. Simpati? Mungkin juga.
Si dia simpati dengan anda kerana tiada orang lain untuk berdampingan diri anda.
3. Anda rela diambil kesempatan.
Sudah tentu si dia tidak akan melakukan perkara ini dengan percuma. Si dia mahu mengambil kesempatan di atas kesenangan anda, malah anda rela dibuat begitu. Ini kerana mata anda telah dibuta oleh cinta. Atau anda berdampingan dengan dirinya semata-mata paras rupanya yang kacak atau cantik. Jadi, anda boleh berbangga apabila memiliki pasangan yang elok paras rupa.
Atau mungkin juga si dia adalah seorang yang popular, jadi anda hanya menumpang popularitinya sahaja, untuk menagih perhatian. Tetapi dalam diam, anda mengambil kesempatan atas dirinya, begitu juga dengan dirinya.
4. Anda sedar si dia banyak memberi alasan dan tidak bersikap romantis.
Si dia juga sebenarnya tidak pernah terniat dalam hati untuk ‘dating’ dengan anda. Jika setakat berjumpa keluar minum dan menonton wayang tanpa perasaan romantis, mudah sahaja si dia lakukan. Tiada bertentangan mata, tiada luahan hati, tiada kata-kata cinta, tiada rama-rama dalam badan begitulah umpamanya.
Si dia mahu keluar berjumpa dengan anda semata-mata untuk menghilangkan perasaan bosannya sahaja.
5. Si dia tidak pernah mengungkapkan kata Suka.
Dan yang paling penting adalah, si dia tidak pernah langsung meluahkan perasaan sukanya pada anda, apatah perasaan sayang dan cinta. Anda memang syok sendiri sahaja. Si dia berdampingan dengan anda hanya kerana mahu menumpang kesenangan anda, atau mahu mengambil kesempatan sahaja.
Kebiasaannya lelaki memang mudah tertarik pada luaran seorang wanita. Kecantikan wanita itu terpulang pada setiap individu yang memandang. Ada sahaja lelaki yang merasakan wanita A itu cantik, tetapi tidak pula dari pandangan lelaki lain. Namun dari kecantikan tersebut, apabila sudah mengenali dengan lebih dekat dan secara peribadi, ada pula yang tidak berkenan pada hati mereka…
Apakah ciri-ciri peribadi tersebut? Jom kita ketahuinya…
1. Tiada keyakinan diri.
Seperti Allah SWT berfirman;
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imran: 139)
Lelaki tidak kisah jika wanita itu adalah seorang yang pemalu, tetapi lelaki agak rimas dengan wanita yang tidak percaya dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri, malah tiada pula sifat positif. Jika benar seorang wanita Islam itu bersyukur dengan apa yang telah dikurnia oleh Allah SWT pada dirinya, sudah tentu akan ada perasaan yakin pada diri, dan tidak terlalu mengkutuk atau mengkritik diri sendiri.
Sebagai contoh terlalu insecure dengan kecantikan diri sendiri, padahal setiap lelaki memandang kecantikan dengan sudut berbeza.
Kerana setiap wanita itu mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Seperti setiap bunga yang dicipta oleh Ilahi walaupun berbeza tetapi ada kecantikan tersendiri, bunga mawar, bunga matahari, bunga orkid, bunga raya, walau bunga kertas sekalipun dicipta dengan indah sekali. Memang nampak renek, tetapi jika dijaga dengan baik, pasti akan menghasilkan bunga yang banyak.
Jadi, anda bunga yang mana?
2. Terlalu cepat marah dan melenting.
Jika wanita tidak suka dengan lelaki kaki pukul dan panas baran, begitu juga dengan kaum lelaki. Mereka juga tidak suka dengan kaum wanita yang tidak boleh dibawa berbincang langsung. Malah tidak boleh diusik dan bergurau. Salah usik atau cakap sedikit pun dia sudah mahu meletup seperti letusan gunung berapi.
Sikap wanita sebegini membuatkan para lelaki cepat berasa jemu. Lelaki juga memerlukan pasanganyang matang ketika berbual atau berbicara. Dan juga lelaki memerlukan seorang wanita yang bijak mengawal emosi sendiri, supaya mereka berasa kagum dan mahu mendekati anda dengan lebih dekat.
“Sikit-sikit nak marah, chill laaa…”
3. Tingkah laku yang kasar.
Lelaki suka wanita yang berdikari, tetapi bukanlah seorang yang kasar. Sudahlah kasar, garang pula. Ya, wanita zaman sekarang bertindak kasar dan garang kerana tidak mahu dilukai oleh kaum lelaki. Malah ingin melindungi diri dari dikasari oleh kaum lelaki ini.
Jika wanita ini terlalu dingin sahaja, sudah tentu tidak ramai lelaki mahu mendekati dengan diri anda. Tidak salah untuk berhati-hati apabila berkenalan dengan mana-mana lelaki, tetapi ‘first impression’ itu kadang-kala amat penting.
“Cantik, tapi kasar sangat…”
Ubahlah diri anda menjadi yang terbaik agar diri anda mudah disenangi oleh para lelaki. Ini bukan bermakna anda harus berubah menjadi orang lain tetapi berubah ke arah yang lebih baik demi kepentingan diri sendiri.
Sesiapa sahaja pasti akan sedikit gugup dan gementar apabila ingin berjumpa bakal keluarga mertua buat kali pertama. Mana tidaknya, risau dengan anggapan serta fikiran mereka mengenai diri ini, sudah tentu akan berlegar-legar difikiran. Dan sudah tentu kita tidak tahu bagaimana untuk mencari topik perbualan serta kelihatan mesra dihadapan keluarga pasangan. Biasa lah, buat kali pertama semuanya rasa tidak selesa.
Bukan hanya perlu berikan senyuman manis serta mengenakan penampilan yang baik sahaja yang mampu menrik perhatian keluarag mertua ini, pandai mengambil hati serta ringan tulang turut akan menjadikan anda calon menantu pilihan. Jom ikuti tips untuk berjumpa dengan bakal mertua ini.
1. Tunjukkan bahawa anda adalah calon menantu pilihan yang tepat.
Apabila anda pergi ke rumah keluarga pasangan anda ini, cuba untuk ambil hati mereka dengan menghulurkan bantuan. Contohnya, membantu memasak atau membantu dengan perkara lain. Dengan melakukan ini, anda akan benar-benar menunjukkan bahawa anda serius serta meyakinkan bakal ibu bapa mertua anda bahawa anda adalah calon yang baik untuk anak mereka. Cubalah untuk meyakinkan tetapi tetap menjaga sikap agar hubungan itu berjalan lancar dan baik.
2. Tanya pasangan anda apa yang ibu bapanya suka dan tidak.
Setiap keluarga pasti ada beberapa perkara yang tidak disukainya. Dengan mengetahui akan serba sedikit hal seperti ini, ia akan membantu anda untuk mengurangkan kadar kesilapan yang bakal anda lakukan. Bahkan jika anda mengetahui apa yang bakal ibu mertua anda sukai anda mungkin boleh membawa buah serta makanan kegemarannya. Barulah dirinya Nampak usaha anda yang bersungguh-sungguh itu.
3. Jangan tunjukkan sikap manja anda tetapi tunjukkan sikap matang anda.
Keluarga mana yang akan mempercayai anda jika anda bersikap keanak-anakkan untuk menjaga anaknya. Sudah tentu lah mereka ini akan lebih mempercayai anda jika anda ini seorang yang matang. Jadi jika dalam perbualan anda, cuba untuk keluarkan topik-topik yang matang tetapi jangan sesekali sentuh hal yang peribadi.
Tidak susah biasanya pikat hati ibu bapa bakal mertua ini. Kebanyakkan dari mereka ini sentiasa menerima anda dengan hati terbuka apabila anak mereka sudah menyukai anda, tetapi jangan pula dengan hal seperti ini anda membuat sambil lewa pula.
Rasulullah SAW bersabda: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Selagi kita masih mempunyai ibu bapa, selagi itu kita masih lagi dibawah tanggungan mereka. Jangan membelakangkan kedua ibu bapa apabila membuat sesuatu keputusan. Seperti hadith di atas, menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa adalah dosa yang besar kerana mengundang kemurkaan Allah SWT.
Mungkin kita sendiri tertanya-tanya, mengapa sukar untuk bertemu jodoh, malah sudah bertemu dengan seseorang sering kali putus? Kemungkinan besar tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Mungkin anda tidak sedar dengan kelakuan untuk menyembunyikan dahulu pasangan dari ibu bapa atas dasar keseronokan menyebabkan jodoh tidak tersangkut. Tiada siapa yang tahu, melainkan Allah SWT.
Jom lihat antara sebab anda perlu terus kenalkan seseorang pada kedua ibu bapa anda…
SUPAYA KEDUA IBU BAPA TIDAK MENCARI CALON UNTUK ANDA.
Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak kesayangannya masih lagi belum bertemu jodoh. Sudah tentu dalam diam, mereka cuba mencari jodoh untuk anaknya. Apabila anda sentiasa menyembunyikan dengan siapa anda berkawan, sudah pasti ibu bapa anda akan mula risau dan kenenkan anda dengan anak kepada rakan mereka.
Zaman sekarang, ada sahaja sebilangan daripada kita tidak bersetuju apabila jodoh diuruskan oleh ibu bapa, kan? Jadi, dengan siapa sahaja anda berkawan, beritahu sahaja pada ibu bapa. Kerana keberkatan dari ibu bapa itu penting. Jika anda tidak pasti berjodoh dengan seseorang, beritahu sahaja cerita yang benar.
“Saya memang ada berkawan dengan dia ni, tapi nak kawan je dulu, tengok serasi ke tidak, kalau dah betul-betul serius saya bawa dia jumpa mak ya..”
Kan sejuk ibu anda mendengarnya.
SUPAYA IBU BAPA DAPAT MENGENALI KEKASIH ANDA TERSEBUT.
“Alahhh, kalau dah berkawan tu, kekasih la tu…” usah menafikan apa yang disebut oleh kedua orang tua anda, kerana kata-kata dari mulut mereka adalah salah satu doa yang diberkati oleh Allah SWT. Senyap dan senyum sahaja, walaupun anda sendiri takut jika tidak serasi dengan seseorang tersebut.
Bawa sahaja insan yang telah memikat hati anda untuk berjumpa dengan kedua orang tua anda, suapay mereka dapat melihat dengan lebih dekat. Jika anda membawa insan tersebut, secara automatik si dia akan rasa dihargai dan disayangi, sudah tentu boleh nampak betapa ikhlas hati anda melakukan sebegitu rupa.
SUPAYA IBU BAPA LEBIH PERCAYA PADA DIRI ANDA.
Ibu bapa sudah mempunyai kepercayaan bahawa anda sudah boleh berdikari, jadi tunjukkan pada mereka juga bahawa anda boleh mencari bakal jodoh anda untuk mereka. Tingkatkan kepercayaan dan keyakinan kedua orang tua supaya apabila membawa insan tersebut, mereka dapat menilai kebaikan pada si dia.
Dari sini ibu bapa akan menilai daripada semua aspek seperti tingkah laku, peribadi, serta kesetiaan pasangan anda dalam menawan hati anak mereka. Dari situ juga mereka akan melihat kesungguhan dan kejujuran pasangan anda terhadap anda.
SUPAYA ADA TANGGUNG JAWAB DALAM DIRI.
Jika anda sudah memperkenalkan seseorang pada kedua ibu bapa, ia akan membuat diri anda secara tidak langsung menjadi lebih bertanggung jawab. Bertanggung jawab untuk menempuh komitmen seperti menyimpan wang, mencari harta dan seumpama dengannya. Pasti anda sendiri akan merasa ralat untuk tidak bertanggung jawab, walhal sudah diperkenalkan pada kedua orang tua anda. Pasti anda tidak mahu main-main lagi semata-mata untuk mencari keseronokan, kan?
Menjadi lelaki pada zaman sekarang, banyak juga cabaran yang perlu dilalui, namun buat apa nak gentar, anak lelaki kan? Jangan mudah putus asa!
Lelaki yang dicipta untuk menjadi pemimpin sudah tentu banyak cabaran, dugaan dan ujian yang perlu dilalui. Dengan ego tersendiri dan boleh berfikiran secara rasional, sudah pasti ia menunjuk aras bahawa lelakilah yang boleh membimbing wanita sehinggalah ke alam perkahwinan. Jadi, persiapkan diri anda untuk menjadi teman lelaki yang tidak kedekut tetapi masih boleh merancang kewangan walaupun sudah memiliki kekasih.
Ini akan mendidik anda menjadi suami yang tidak ralat memberi nafkah walaupun isteri memiliki kerjaya sendiri. Wanita memiliki kerjaya, pendapatan dan harta sendiri sebenarnya sedikit sebanyak membantu para lelaki di masa hadapan. Sama-sama merancang kewangan, bukannya menjadi gila kuasa.
Oleh itu, para lelaki jangan lah kedekut dengan kekasih, tetapi masih boleh kawal perancangan dengan…
1. Merancang beli hadiah dengan awal.
Setiap kaum wanita pasti menginginkan hadiah ketika tarikh-tarikh penting, kalau tak dapat ketika ulang tahun perkahwinan, sekurang-kurangnya ketika hari lahir. Jadi, para lelaki harus setkan tarikh penting ini supaya dapat merancang untuk membeli hadiah. Kumpul duit sedikit demi sedikit sehingga ke tarikh tersebut.
Nanti, tak ada lah alasan merepek, kenapa tak beli hadiah, kan?
2. Berbelanja ikut tempat.
Janganlah setiap masa nak makan di restoran mahal sahaja, berbelanja ikut tempat dan kemampuan. Ada sahaja gerai melayu yang masih sedap masakannya yang boleh kekasih anda tersebut. Kenyang pun kenyang, makan sehari pun cukup, eh…
3. Jangan berhutang.
Janganlah berhutang demi nak manjakan sangat kekasih anda. Apa salahnya berbelanja sedikit untuk bulan tersebut sebab nak simpan duit. Wanita yang baik tidak akan cuba mengikis duit anda diluar kemampuan. Kalau anda lelaki sudah menunjuk suka berhutang, nanti dah kahwin macam mana pula? Silap-silap berhutang dengan isteri sendiri.
4. Beri belanja mengikut kemampuan.
Zaman sekarang, belum jadi isteri pun nak ada belanja juga. Akan tetapi jangan manja sangat setiap bulan bagi belanja pada kekasih sehingga terabai ibu bapa di kampung halaman. Jangan asyik memberi duit sebagai belanja pada kekasih, kerana anda sendiri pun tidak tahu duit itu kemana belanjanya. Lebih baik anda belanja apa yang mereka mahukan di depan mata.
“Nak mekap Sephora…”
“Apa beza Sephora dengan Watson?...”
Jadilah lelaki yang bijak!
Sebab tu penting untuk ambil tahu ilmu-ilmu remeh seperti ini. Supaya kekasih anda tidak mengambil kesempatan.
5. Belajar memasak.
Setiap kali dating, asyik nak makan. Nak makan sedap-sedap pula tu. Apa kata anda belajar memasak pula. Nak belajar memasak dengan kekasih bersama-sama lebih bagus. Jimat dan sangat praktikal, disamping dapat meluangkan masa bersama. Tak kedekut masa. Tak kedekut duit. Tak kedekut tenaga. Mudah!
Selamat Mencuba!
Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba beberapa hari lagi, pasti semua orang sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambutnya. Tapi itu bagi yang sudah mempunyai keluarga. Bagi yang belum berkahwin pula, pasti saat-saat ini mood raya masih belum tiba lagi. Mana tidaknya memikirkan soalan-soalan dari saudara mara mengenai jodoh ini memang potong mood raya. Tapi jangan risau, musim-musim raya ini juga adalah peluang untuk mencari jodoh. Mari ketahui, ikhtiar mencari jodoh di hari raya.
1. Rajin-rajin berkunjung rumah saudara mara.
Bagi yang masih single ini, selain mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak saudara, waktu raya ini jugalah sesuai untuk melihat calon yang berkenan di hati. Mana tahu ketika anda sedang berkunjung ke rumah saudara mara anda, anda terlihat jodoh anda. Mana tahu bukan? Bolehlah anda minta bantuan dari saudara mara anda. Dan ia akan menjadi lebih mudah untuk anda berkenalan apabila si dia berkait rapat dengan sudara anda.
2. Jangan tolak jemputan ‘open house’.
Selain melihat jodoh di rumah saudara mara, jemputan open house ini juga turut membantu anda untuk mencari jodoh. Jadi jangan pernah sesekali menolak atau malas untuk pergi ke open house jiran tetangga ataupun saudara mara anda. Sambil menyelam minum air kata orang, jadi jangan pernah lepaskan peluang apabila menerima jemputan open house nanti.
3. Bermanis muka dengan saudara mara jiran.
Selain keluar daripada rumah untuk melihat calon yang berkenan di hati. Di rumah juga anda boleh melihat calon jodoh anda. Apa yang anda harus lakukan adalah sentiasa bermanis muka dengan saudara mara jiran anda. Mana tahu ada yang berkenan mahu mengambil anda sebagai menantu mereka dengan hanya melihat senyuman anda.
4. Minta makcik bawang carikan jodoh.
Apabila terlalu sibuk bertanya mengenai jodoh anda dan bergosip mengenai orang sana sini, apa kata anda minta makcik-makcik bawang yang bertanya mengenai jodoh anda itu mencarikan anda calon jodoh. Pasti mereka ini dengan senang hati mahu carikan anda jodoh yang baik. Bukan apa mereka bertanya itu kadang kala ada maksud. Biasanya maksudnya nak tahu jika anak mereka ini ada peluang atau tidak untuk berkenalan dengan anda. Mana lah tahu kan.
Jadi buat yang masih single itu, jangan sedih jika beraya tanpa pasangan. Hal ini kerana, anda mampu mencari pasangan di hari raya yang bakal tiba nanti. Dan ia akan menjadi lebih mudah apabila ibu bapa anda juga melibat calon yang anda minati itu. Tak payah pening-pening nak bawak jumpa mak ayah raya tahun depan.