

Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba beberapa hari lagi, pasti semua orang sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambutnya. Tapi itu bagi yang sudah mempunyai keluarga. Bagi yang belum berkahwin pula, pasti saat-saat ini mood raya masih belum tiba lagi. Mana tidaknya memikirkan soalan-soalan dari saudara mara mengenai jodoh ini memang potong mood raya. Tapi jangan risau, musim-musim raya ini juga adalah peluang untuk mencari jodoh. Mari ketahui, ikhtiar mencari jodoh di hari raya.
1. Rajin-rajin berkunjung rumah saudara mara.
Bagi yang masih single ini, selain mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak saudara, waktu raya ini jugalah sesuai untuk melihat calon yang berkenan di hati. Mana tahu ketika anda sedang berkunjung ke rumah saudara mara anda, anda terlihat jodoh anda. Mana tahu bukan? Bolehlah anda minta bantuan dari saudara mara anda. Dan ia akan menjadi lebih mudah untuk anda berkenalan apabila si dia berkait rapat dengan sudara anda.
2. Jangan tolak jemputan ‘open house’.
Selain melihat jodoh di rumah saudara mara, jemputan open house ini juga turut membantu anda untuk mencari jodoh. Jadi jangan pernah sesekali menolak atau malas untuk pergi ke open house jiran tetangga ataupun saudara mara anda. Sambil menyelam minum air kata orang, jadi jangan pernah lepaskan peluang apabila menerima jemputan open house nanti.
3. Bermanis muka dengan saudara mara jiran.
Selain keluar daripada rumah untuk melihat calon yang berkenan di hati. Di rumah juga anda boleh melihat calon jodoh anda. Apa yang anda harus lakukan adalah sentiasa bermanis muka dengan saudara mara jiran anda. Mana tahu ada yang berkenan mahu mengambil anda sebagai menantu mereka dengan hanya melihat senyuman anda.
4. Minta makcik bawang carikan jodoh.
Apabila terlalu sibuk bertanya mengenai jodoh anda dan bergosip mengenai orang sana sini, apa kata anda minta makcik-makcik bawang yang bertanya mengenai jodoh anda itu mencarikan anda calon jodoh. Pasti mereka ini dengan senang hati mahu carikan anda jodoh yang baik. Bukan apa mereka bertanya itu kadang kala ada maksud. Biasanya maksudnya nak tahu jika anak mereka ini ada peluang atau tidak untuk berkenalan dengan anda. Mana lah tahu kan.
Jadi buat yang masih single itu, jangan sedih jika beraya tanpa pasangan. Hal ini kerana, anda mampu mencari pasangan di hari raya yang bakal tiba nanti. Dan ia akan menjadi lebih mudah apabila ibu bapa anda juga melibat calon yang anda minati itu. Tak payah pening-pening nak bawak jumpa mak ayah raya tahun depan.
Dalam kehidupan seseorang wanita, usia 24 hingga 29 tahun sering dianggap sebagai satu fasa yang penuh dengan cabaran emosi, terutamanya bagi mereka yang masih belum berkahwin. Pada peringkat ini, wanita berada di persimpangan antara membina kerjaya, memahami diri sendiri, dan memenuhi jangkaan masyarakat. Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan tempoh tersebut sebagai fasa yang sensitif dan penuh tekanan emosi.
1. Tekanan Sosial
Salah satu faktor utama ialah tekanan sosial. Dalam masyarakat, wanita pada usia pertengahan 20-an sering dikaitkan dengan perkahwinan. Soalan seperti “bila hendak berkahwin” sering diajukan oleh keluarga dan rakan-rakan. Perkara ini boleh menimbulkan rasa tertekan dan rendah diri, terutama apabila melihat rakan sebaya sudah mendirikan rumah tangga. Perbandingan ini menyebabkan sesetengah wanita merasakan diri mereka ketinggalan dalam kehidupan.
2. Fasa Pencarian Identiti
Selain itu, wanita dalam lingkungan usia ini juga sedang mengalami fasa pencarian identiti diri. Mereka berusaha untuk mencapai kestabilan dari segi kerjaya, kewangan dan hala tuju hidup. Dalam masa yang sama, mereka turut menginginkan hubungan yang stabil dan bermakna. Konflik antara keinginan untuk berdikari dan keperluan untuk berkongsi hidup dengan pasangan boleh menimbulkan kekeliruan serta tekanan emosi.
3. Pengalaman Percintaan
Di samping itu, pengalaman dalam percintaan juga memainkan peranan penting. Ada wanita yang pernah melalui kegagalan hubungan atau kekecewaan dalam percintaan. Pengalaman ini boleh meninggalkan kesan mendalam seperti rasa takut untuk mencuba lagi atau kesukaran mempercayai orang lain. Hal ini seterusnya menyumbang kepada ketidakstabilan emosi kerana pengalaman percintaan mengecewakan namun hati mahu berpasangan tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjadi paranoid dan prasangka terhadap calon yang baru dikenali walaupun calon itu boleh dikira agak sempurna untuk dikahwini.
4. Pengaruh Media Sosial
Faktor lain yang tidak kurang penting ialah pengaruh media sosial. Paparan kehidupan orang lain yang kelihatan bahagia dan sempurna sering menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana terbit di hati teringin kehidupan berpasangan yang bahagia juga sementara usia masih muda. Kerana imaginasi ketika diri sendiri berusia 40 alangkah bahagianya telah mempunyai anak dibangku sekolah menengah. Walaupun hakikatnya tidak semua yang dipaparkan adalah realiti sebenar, ia tetap memberi kesan kepada emosi dan pemikiran seseorang wanita.
Kesimpulannya, fasa usia 24 hingga 29 tahun merupakan tempoh yang mencabar dari segi emosi bagi wanita yang masih single. Tekanan sosial, pencarian identiti diri, pengalaman percintaan dan pengaruh media sosial semuanya menyumbang kepada keadaan ini. Namun begitu, fasa ini juga merupakan peluang untuk mengenali diri dengan lebih mendalam dan membina kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.
Mari kita doakan agar mereka ini dipermudahkan jodohnya.
Nabi Ayub dilahirkan dalam keluarga dari kalangan para Nabi iaitu Nabi Ishaq, Nabi Ibrahim, Nabi Ya’qub dan Nabi Lut.
Allah juga mengurniakan Ayub dengan kemewahan harta, ternakan dan hamba-hamba, isteri serta anak-anak yang ramai.
Walaupun memiliki banyak kekayaan, Ayub tidak pernah lalai dari mengingati Allah s.w.t. Setiap apa yang kita miliki adalah milik Allah.
Kita hanya meminjam dan menjaganya dari tuan pemiliknya. Justeru, kita tidak harus melupakan Allah kerana kelak, semua ini akan kembali kepada-Nya.
Nabi Ayub diuji oleh Allah s.w.t. Satu demi satu kekayaan yang dimiliki Ayub diambil semula daripadanya. Bukan itu sahaja. Kesihatannya juga turut diambil. Ayub ditimpa sejenis penyakit kulit yang teruk. Dagingnya tertanggal sedikit demi sedikit. Penyakit ini menyebabkan sahabat-handai dan saudara-maranya meninggalkannya.
Tinggal isteri Ayub yang kekal setia bersamanya. Isteri yang solehah bukan hanya ada semasa suaminya senang tetapi juga semasa dalam kesusahan. Walaupun kehilangan semua harta kekayaan, keluarga dan sahabat-handai, suami pula ditimpa penyakit berat, dia tetap setia di sisinya. Penyakit yang dideritainya ini pula bukanlah sekejap tapi bertahun. Ada pendapat yang mengatakan setahun, ada juga berkata 7 tahun dan ada juga pendapat mengatakan ia mencapai 18 tahun!
Kerana penderitaan yang terlalu lama itu, isterinya menyuruh Ayub untuk berdoa kepada Allah agar diberikan kesembuhan. Namun, Ayub mahu bersabar dengan penderitaan itu memandangkan baginya Allah telah mengurniakan kepadanya 70 tahun yang sihat sebelum itu. Kesyukuran mendidik hati untuk bersabar tatkala ditimpa ujian. Ujian pula menjadi tanda aras keikhlasan jiwa menerima ketentuan Allah s.w.t.
Pada masa inilah siapa yang terbaik di kalangan hamba-Nya akan terlihat. Jadi, ini juga suatu ujian kepada isteri Ayub selain Ayub sendiri. Isterinya bekerja bagi menampung keperluan mereka tapi kerana bimbangnya orang ramai terhadap penyakit Ayub yang dikhuatiri berjangkit kepada mereka, dia juga turut hilang pekerjaannya. Isterinya kemudian mencari pekerjaan yang lain pula. Setiap kali Ayub bertanya dari mana dia mendapatkan makanan, dia mengatakan yang dia berkhidmat kepada orang lain.
Maka, hari berikutnya, Ayub tidak mahu makan makanan yang dihidangkan isterinya kerana tidak jelas dengan sumbernya. Lantas, isterinya membuka kain yang menutupi kepalanya yang bercukur kerana dia telah menjual rambutnya. Merasakan tiada lagi tempat bergantung memandangkan isterinya juga telah berputus asa dengan ujian itu, Ayub akhirnya meminta pertolongan kepada Allah agar dilepaskan daripada penderitaan itu.
Lihatlah kekuatan Nabi Ayub. Setelah bermacam ujian, dia masih mampu bersabar dan tidak bersangka buruk kepada Allah s.w.t. Dia bertahan dan terus bertahan sehingga tiada lagi jalan keluar untuknya. Nabi Ayub pun disembuhkan oleh Allah s.w.t.
Setelah itu, dikembalikan semula keluarganya kepadanya berserta dengan kekayaan yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana kesabaran dan kesyukuran yang ditunjukkan oleh Ayub kepada Allah s.w.t semasa baginda diuji dengan ujian yang amat dahsyat.
Fenomena lambat bertemu jodoh sudah berleluasa dalam masyarakat kita. Namun, puncanya bukanlah empunyai diri yang terlalu memilih, tetapi pilihan hati yang kadang-kala tidak direstui dan diragui oleh ibu bapa. Sudah lama bercinta, malah bertunang, namun akhirnya terkandas jua di tengah jalan. Tidak mahu salahkan takdir, dan menganggap sahaja tiada jodoh. Berkemungkinan ada hikmahnya apabila tidak berjodoh dengan si dia.
Jangan persalahkan kaum wanita apabila lambat berkahwin, kerana kadang-kala mereka mempunyai hati dan perasaan untuk dijaga. Malah untuk menjaga hati kedua ibu bapanya yang telah menanggung dirinya dari kecil sehingga besar. Apabila kedua ibu bapanya telah lanjut usia, wanita ini juga yang akan menjaga orang tuanya. Bukan jirannya, malah saudara yang terdekat.
Dengan stigma masyarakat juga adalah punca besar mengapa seorang wanita lambat bertemu dengan jodoh. Apabila wanita itu kelihatan cantik dan ada kerjaya, jadi pandangan orang kita ini mahukan wanita tersebut berpasangan dengan lelaki yaang mempunyai kerjaya yang lebih tinggi. Apabila wanita ini memiliki kulit yang cantik, putih gebu, maka mereka perlu berpasangan dengan lelaki yang sepadan juga dengan kulitnya.
Malah lebih dramatik apabila wanita tersebut mempunyai pelajaran yang bagus tahap ijazah, pasangannya pula perlulah pada tahap yang sama, atau lebih tinggi sahaja. Jadi, bagaimana wanita ini mahu bertemu jodoh sedangkan hati dan perasaannya dalam dilemma untuk menjaga hati dan perasaan kedua ibu bapanya?
Sudah lumrah orang tua, pasti rasa sedikit terhina apabila anaknya berpasangan dengan seseorang yang bukan pada tahap sepadan yang sama. Lebih terhina apabila pandangan jiran dan masyarakat terhadap diri mereka, yang orang tua ini tidak tahan apabila saudara mara yang pernah bersusah senang ketika muda, mula menjenggilkan mata mendengar anaknya berpasangan dengan lelaki yang biasa-biasa.
SUKAR UNTUK HIDUP DALAM MASYARAKAT MELAYU SEKARANG.
Begitulah jika hidup dalam masyarakat melayu, ibu bapa adalah orang yang lebih berpengalaman, dan terdahulu makan asam garam kehidupan pasti jua termakan dengan kata-kata orang luar. Apabila mempunyai pandangan sebegini, sudah tentu pilihan hati menjadi keraguan di hati ibu bapa.
Sedangkan kita orang muda yang hidup pada generasi baru ini, tidak kisah hidup bersama pasangan yang telah kita kenal hati budinya. Sepadan melalui pandangan masyarakat melayu adalah...
Tetapi apa yang dianjurkan dalam Islam adalah, sepadan melalui...
Tidaklah haram dan berdosa jika berkahwin dengan mereka yang tidak sekufu atau sepadan ini, namun apa yang dianjurkan dalam Islam adalah untuk keharmonian rumah tangga antara pasangan. Supaya rumah tangga mencapai Sakinah Mawaddah Wa rahmah.
Jadi, usahlah menghukum dan menilai terlalu cepat apabila seorang wanita itu lambat berkahwin. Lambat berkahwin tidak semestinya empunyai diri tidak pernah berjumpa atau berkenalan dengan sesiapa, tetapi kerana mahu menjaga hati dan perasaan ibu bapa, malah untuk mengelakkan stigma orang luar yang terlalu kejam.
Apabila bercakap tentang jodoh ini, pasti tidak akan habis selagi tidak menemui jodoh tersebut. Jodoh ini sentiasa menjadi teka teki yang jawapannya tidak tahu bila akan diperolehi. Setiap pasangan itu telah diaturkan oleh-Nya. Maka dengan itu, jangan terlalu tergesa-gesa dalam membuat pencariannya. Bak kata pepatah, jika dirinya adalah jodoh anda, jauh mana pun kalian pergi pasti aka bertemu semula. Jika anda terlalu tergesa-gesa dengan pencarian jodoh ini, ditakuti anda akan menyesal dikemudian hari.
Dalam mencari pasangan, wanita adalah sangat perlu berhati-hari dan tidak terlalu terburu-buru. Bukan apa, banyak keburukan jika salah memilih jodoh ini berpihak kepada wanita. Adalah lebih baik berhati-hati dan cermat dalam mencari pasangan. Terlalu cepat dalam membuat pilihan hanya akan merisaukan masa depan anda sahaja.
Wahai wanita, semasa anda menunggu seseorang yang betul, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara yang mungkin membantu anda pada masa akan datang.
1. Membahagikan masa anda bersama ahli keluarga serta rakan-rakan. Pada saat ini lah anda perlu habiskan masa anda bersama mereka. Jika sudah berumah tangga nanti, anda perlu fokuskan kehidupan anda kepada suami dan anak-anak anda. Pada ketika itu, masa anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sudah mula berkurangan.
2. Seterusnya, cuba untuk rehatkan minda serta tenangkan fikiran mengenai jodoh ini dengan pergi melancong. Lawati tempat-tempat yang anda inginkan. Mana tahu apabila sudah berkahwin nanti anda tidak dapt merasai untuk pergi melancong bersama-sama rakan-rakan.
3. Jodoh itu dikatakan ceriminan kita, maka ketika sedang menunggu jodoh ini boleh lah anda lakukan sedikit perubahan kepada diri anda. Cuba berubah ke arah kebaikan yang akan memberikan manfaat kepada anda dan juga rumah tangga anda nanti. Mana tahu pada masa yang sama pasangan anda juga sedang berubah ke arah kebaikan juga.
4. Dalam ketika anda menunggu ini, ia bukan lah bermaksud anda perlu pasrah tanpa melakukan apa-apa usaha. Apa kata anda luaskan sedikit pergaulan anda, dan banyakkan rakan. Mana tahu bermula sebagai rakan dan berakhir sebagai suami isteri nanti.
5. Dalam pada ketika ini, jangan dilupa untuk melakukan solat istikarah yang akan membantu anda dalam membuat sebarang keputusan dan pilihan yang tepat.
Kesimpulannya, anda perlu yakin dengan setiap penentuan jodoh yang telah ditetapkan. Jodoh anda akan datang pada masa yang tepat. Orang kata biar lambat asalkan selamat.
Kegembiraan dan suasana positif pada pertemuan awal sebenarnya boleh menjadi tanda chemistry wujud antara kedua-dua pihak. Jika dari awal sudah boleh ketawa sama-sama, berbual lancar, dan rasa semula jadi, ini menunjukkan hati tidak menolak dan jiwa selesa. Komunikasi yang mudah berlaku pada pertemuan pertama sering menjadi asas hubungan yang baik untuk jangka panjang.
Selain itu, pertemuan taaruf yang riang biasanya menunjukkan hati kedua-duanya tenang dan tiada “red flag” awal. Apabila tidak rasa terpaksa atau dibuat-buat, itu menandakan Allah mungkin sedang mempermudahkan jalan mereka. Suasana yang tenang dan nyaman pada awal pertemuan boleh membantu kedua-dua pihak membuat keputusan dengan fikiran dan hati yang lebih jelas.
Kedua-dua pihak yang mampu bersikap terbuka sambil bergurau dan tersenyum menunjukkan adanya keserasian dan minat yang sama-sama dibalas. Keserasian awal ini memudahkan proses berkenalan lebih mendalam tanpa rasa tertekan. Taaruf tidak semestinya kaku atau terlalu serius—ia boleh sopan, terjaga adab, tetapi tetap fun dan riang. Gabungan adab dan keriangan inilah yang sebenarnya membuat proses taaruf berjalan lancar dan menyenangkan.
Kegembiraan pada pertemuan awal juga menjadi petanda bahawa hubungan ini berpotensi untuk masa depan. Bayangkan hidup berumah tangga tanpa rasa selesa untuk bergurau atau berbual ringan—pastinya membosankan. Apabila dari awal sudah boleh berbual dengan senang hati, itu menunjukkan kedua-duanya selesa untuk membina hubungan yang lebih intim dan bahagia.
Akhir sekali, dalam Islam, salah satu tanda jodoh yang baik ialah Allah mempermudahkan urusan dari awal hingga akhir. Pertemuan yang riang, tenang, dan saling selesa sambil menjaga adab adalah antara bentuk dipermudahkan. Dengan berbincang matang, kenal nilai dan prinsip masing-masing, serta menjaga batas, pertemuan pertama yang riang ria boleh menjadi titik permulaan kepada perkahwinan yang bahagia.
Setiap orang yang telah memutuskan mahu berkahwin dengan calon pasangannya pasti membayangkan rumahtangga yang aman dan bahagia. 3 sifat ini jika ada pada calon pasangan anda dan anda ketika awal perkenalan, sekiranya mendirikan rumahtangga, akan bahagia.
Kesimpulan:
Jika anda menemui ketiga-tiga sifat ini pada calon pasangan anda, dan sifat anda juga boleh begitu bila bersamanya, maka pertimbangkanlah untuk ke fasa perkahwinan.
NPD (Narcissistic Personality Disorder) adalah sejenis penyakit gangguan mental yang membuat si NPD terlalu kuat berasa dirinya lebih penting berbanding orang lain. Walaubagaimanapun, ada sahaja orang yang tertarik kepada si NPD kerana:
1. Si NPD sentiasa memberikan ‘Love Bombing’ dari awal perkenalan.
Apabila si NPD mula tertarik pada seseorang & mahu mendampingi orang tersebut, mereka akan berusaha semaksimum mungkin agar mereka berjaya mendapatkan orang tersebut sebagai kekasih mereka. Biasanya mereka akan melakukan ‘Love Bombing’ di awal perkenalan. “Love bombing adalah merupakan bentuk manipulasi emosi yang dilakukan untuk mendapatkan kawalan ke atas diri seseorang” Mereka bukan merancang, tetapi itulah sifat semulajadi mereka. Pada pemikiran mereka, dengan melakukan 'Love Bombing', perlakuan kasih sayang yang telah diberikan kepada seseorang itu akan terbalas malahan mereka akan mendapatkan kekaguman dari kekasih mereka itu dari segi dicintai dan didengari.
Bagi si NPD kekaguman dari kekasih terhadap diri mereka sangat penting untuk memenuhi keperluan diri mereka di masa akan datang. Antara bentuk 'Love Bombing' yang dilakukan adalah memberikan pujian berlebihan, bercakap mengenai perasaannya secara berlebihan, sering memberikan hadiah yang kelihatan romantis dan mewah yang tidak diperlukan oleh kekasihnya, perbicaraan yang sangat mendalam & terperinci berkaitan masa hadapan, tidak berhenti menelefon atau mesej, dan sering mengasingkan kekasihnya dari keluarga kekasihnya & kawan-kawan kekasihnya samada dengan cara mewujudkan perancangan untuk ke mana-mana dengan kekasihnya pada hari yang sama si kekasih perlu bertemu keluarga atau kawan-kawan atau si NPD akan mengikuti kekasihnya jika kekasihnya mahu bertemu keluarga atau kawan-kawan.
Selari dengan ada rasa sedikit suka kepada si NPD, apabila menerima bentuk-bentuk 'Love Bombing' dari si NPD ini, si kekasih berasa kagum dengan kebaikkan si NPD dan akan mula mencintai dan mendengari si NPD dalam masa yang sangat singkat sahaja.
2. Si NPD sangat pandai mengambil hati kekasih mereka sehingga kekasih mereka tiada batasan peribadi yang masih menjadi rahsia.
Perlakuan si NPD kepada kekasih sangat baik sehinggakan si Kekasih tiada sebarang batasan peribadi yang menjadi rahsia. Semua perkara dibicarakan dengan si NPD secara santai dan bersahaja dan tanpa sedar si kekasih memberitahu semua perihal yang berkaitan dengan dirinya seperti kerjaya, perancangan masa hadapan, simpanan yang ada, amaun gaji, password email, termasuklah hal berkaitan keluarga dan kawan-kawan samada hal baik atau aib keluarga dan kawan-kawannya. Si NPD akan memberikan sepenuh perhatian mendengarnya dan dalam masa yang sama akan mengumpul dan mengingati semua maklumat yang diberitahu kekasihnya. Pada pemikiran si NPD ini semua penting untuk diingati dengan terperinci untuk keperluan diri mereka di masa akan datang. Si Kekasih sering berasa si NPD sentiasa mengambil berat akan dirinya dan banyak bantuan dan sokongan dari si NPD telah diterimanya walaupun perkenalannya masih di fasa awal.
3. Si NPD sangat bijak mengawal perhubungan dengan membuatkan si Kekasih rasa kebergantungan pendapat daripada si NPD
Si NPD sangat pantang jika ada orang yang tidak sependapat dengannya. Si Kekasih biasanya akan menurut sahaja pendapat si NPD. Ini kerana ketika berlakunya percanggahan pendapat, si NPD akan berbahas dengan baik sehabis upaya agar kekasihnya menerima pendapatnya walaupun ada ketikanya pendapatnya ternyata salah. Si NPD biasanya sangat mudah memainkan emosi jika keinginannya tidak dipenuhi. Si NPD tiada empati kepada Kekasihnya melainkan hanya tahu keinginannya mesti dipenuhi oleh kekasihnya. Si NPD sangat kuat berfantasi mengenai dirinya seorang yang berjaya, bijak, kuat, dan cantik/kacak. Si Kekasih mesti memuji setiap apa yang dilakukan oleh si NPD dan wajib bagi si Kekasih menyuruh orang lain juga memuji si NPD jika si NPD ada berbuat sedikit kebaikkan kepada orang lain tersebut. Ini kerana pada pemikiran si NPD, tiada orang mempunyai sikap sebaik dirinya dan tiada orang lain yang boleh lebih berjaya darinya, termasuklah jika kekasihnya berjaya, dia cuba menafikan dengan ada lagi beberapa perkara yang kekasihnya belum berjaya tetapi sekiranya si NPD mengakui kekasihnya berjaya, semuanya adalah kerana dirinya yang telah banyak menabur bakti kepada Kekasihnya. Oleh itu, si NPD berasa dirinya berhak di puji sentiasa.
4. Si NPD sangat berbakat dalam menakluk pemikiran dan hati si Kekasih.
Penaklukan pemikiran dan hati ini bukanlah biasa-biasa. Kerana sayang dan rasa terhutang budi dari perlakuan baik si NPD, si Kekasih sanggup menerima apa sahaja dari si NPD. Sekiranya si NPD terlibat dengan masalah yang dimulakan oleh si NPD, si NPD akan memanipulasikan dengan kata-katanya menyakinkan si Kekasih bahawa punca masalah berlaku kerana mahukan yang terbaik untuk si Kekasih dan masa hadapan mereka berdua. Si Kekasih biasanya tahu bukan dirinya punca tetapi dalam keadaan keliru antara fakta dan rasa kagum, sayang & terhutang budi dengan perlakuan 'Love Bombing' & Ambil Berat dari si NPD, si Kekasih terima sahaja kenyataan si NPD dan berusaha menyelesaikan masalah yang dikatakan masalah bersama tersebut. Sering terpalit dengan hal manipulasi yang diterima hatinya & pemikirannya secara paksa menyebabkan minda si Kekasih sering menjadi letih dan murung. Namun, sejurus masalah berjaya diselesaikan oleh si Kekasih, si Kekasih akan teruja semula dengan sifat 'Love Bombing' & Ambil Berat oleh si NPD.
Begitulah dan seterusnya yang berlaku di dalam kehidupan antara si NPD & si Kekasih.
Kesimpulan:
Jika anda menemui seseorang yang memberikan ‘Love Bombing’ kepada anda ketika awal perkenalan, sila:
1. Berhati-hati dengan sebarang perhatian atau hadiah yang berlebihan pada permulaan perhubungan. Ingat, apa-apa yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, mungkin tidak baik.
2. Belajar mengenali dan mengelakkan orang yang narsisis. Seseorang yang mengalami gangguan personaliti narsisis akan menunjukkan kekurangan empati terhadap orang lain, ingin sentiasa mendapat perhatian, rasa kepentingan yang berlebihan, dan sebagainya.
3. Berhati-hati dengan kelemahan anda sendiri. Jika anda berasal dari keluarga di mana anda tidak terikat secara emosi atau belajar untuk berasa disayangi dengan menerima hadiah, anda mungkin sangat terdedah kepada pengeboman cinta. Cuba mendekati perhubungan itu perlahan-lahan dan lebih berhati-hati, dan berikan diri anda masa untuk pulih.
4. Cuba buat senarai semak tentang rupa hubungan yang sihat. Menurut Shirin Peykar, LMFT, ahli terapi perkahwinan dan keluarga berlesen dari California, hubungan yang terjalin dan berkembang maju mesti melibatkan kesediaan untuk mendengar, empati, rasa hormat, belas kasihan dan penghargaan.
Ada sebahagian daripada kita bernasib baik bertemu pasangan di laman mencari jodoh, di sosial media. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik, malah menjadi mangsa penipuan tidak kira pada lelaki mahupun wanita. Ini terjadi kerana adanya insan yang menyalahgunakan sosial media, untuk mengambil kesempatan.
Daripada anda tertipu, jom ketahui cara-cara untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa…
1. Jangan layan seseorang yang terlalu obses dengan anda.
Pernah anda berjumpa dengan seseorang yang secara tiba-tiba menegur anda secara peribadi. Jika tidak dilayan, bertubi-tubi pula ‘Hai’ dari si dia. Si dia nampak seperti terlalu terdesak mengharapkan balasan daripada anda.
Ikutlah naluri hati anda, jika anda lihat si dia seperti orang yang berbahaya dan tidak boleh dipercayai lebih baik anda menjauhkan diri dari melayan seseorang seperti ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda terpedaya dengan si dia meskipun anda tidak tahu apakah tujuan sebenarnya.
Mungkin hanya untuk berkenalan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melayan mereka yang terlalu obses dengan anda.
2. Jangan mudah bertukar nombor telefon atau maklumat peribadi kepada orang yang baru dikenali.
Kebanyakan daripada kita mudah memberi telefon pada orang yang tidak dikenali kerana mahu mencari kenalan baru. Malah terdesak pula mahu memiliki pasangan, kerana terlalu kesunyian. Walaupun terlalu sunyi, fikirlah keselamatan anda kerana melalui nombor telefon sahaja, si dia boleh menjejaki ke mana sahaja anda pergi. Hati-hati!
Malah yang bertambah buruk apabila si dia menggunakan nombor telefon anda itu untuk tujuan yang tidak baik. Maka waspadalah dalam setiap tindakan yang anda lakukan. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi anda kepada ‘kawan’ baru selagi anda belum benar-benar yakin tentang kejujurannya.
3. Jual mahal.
Ketika ini lah anda perlu jual mahal. Ini dinamanya jual mahal yang bertempat. Kerana anda belum lagi mengenali si dia dengan seratus peratus. Jangan termakan dengan kata-kata orang ramai yang mengatakan anda sombong dan susah untuk didekati, jika si dia benar-benar orang yang asing dan tiada ‘mutual friend’ sudah tentu anda harus berhati-hati.
4. Jangan mudah terpedaya dengan lifestyle mewah yang ditunjukkan.
Zaman moden yang hanya menggunakan Instagram sahaja, ramai yang tertipu dengan gambar-gambar yang serba mewah. Letakkan sahaja gambar yang gah dapat menarik perhatian orang ramai, pasti ada seorang daripada anda yang mudah tertipu. Elakkan daripada menjadi mangsa dengan mudah, terutamanya dengan kaedah sebegini.
Khusus kaum wanita kerana pasti ada sahaja yang meleleh air liur melihat si lelaki memuatnaik gambarnya dengan kereta mewah, kan? Apabila disapa oleh lelaki itu lalu sepantas kilat dibalasnya. Malangnya penipuan seperti itu lambat laun pasti akan terbongkar jua.
5. Periksa latar belakang kenalan anda itu.
Sukar untuk mengenali seseorang di sosial media, terutamanya jika anda dengan dia tiada ‘mutual friend’. Memang betul-betul orang asing, tiada kenalan yang mengenali dirinya. Oleh itu, ambil masa yang lama untuk berkenalan. Google dirinya malah gambar yang diberi, adakah si dia orang yang benar-benar tulen?
Yang penting ikut naluri hati anda sendiri dan berdoa banyak-banyak pada Allah, supaya tergerak hati untuk mengetahui kebenaran. Jika tulus dan ikhlas diri anda, pasti akan menemui seseorang yang ikhlas juga.
Selamat Mencuba!